Loading...

Bestnya Solat & Bestnya Doa

Business Location

Taman Melati


BESTNYA SOLAT


“Menariknya buku ini.. Buku apa ini Tuan? Cerita tentang solatkah?”

Ya, Tuan Puan. Inilah buku Panduan Solat, Rukun dan Bacaannya. Kita sekali tengok sudah tahu. Bagus, kan? Hehe..

“Oh okey. Apa kelebihan buku ini berbanding buku-buku solat yang sudah ada di pasaran, Tuan?”

Ada beberapa kelebihan dan manfaat yang Tuan Puan akan peroleh dari buku ini. Saya tidak mendabik dada untuk mengatakan inilah buku solat yang terbaik memandangkan ini buku pertama kami. Namun, ini senarainya yang saya boleh kongsikan.


Checklist Rukun Solat

1) Niat

2) Berdiri Tegak

3) Takbiratul Ilham

4) Membaca Al-Fatihah

5) Rukuk serta Toma'ninah

6) I'tidal serta Toma'ninah

7) Sujud serta Toma'ninah

8) Duduk di antara dua sujud

9) Duduk Tahiyyat Akhir

10) Membaca Tasyahud Akhir

11) Selawat selepas Tasyahud

12) Memberi Salam

13) Tertib


“Baik, bagusnya. Boleh saya lihat contoh kandungan buku ini?”

Jangan risau. Kami tidak kedekut untuk berkongsi kandungan-kandungan yang menarik dalam buku ini. Nah, anda nilaikan sendiri.



“Bagus, bagus. Cantik lukisan Tuan. Setakat ini sudah adakah yang menggunakannya? Apa kata mereka?”

Terima kasih. Maksud Tuan Puan testimonikah? Ya, kami sudah tampal banyak-banyak di atas. Selain itu, baca juga apa kata proofreader kami, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin tentang buku Bestnya Solat ini.

“Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t. dengan Limpahan dan kurniaan rahmatNya dapat diberikan kita rezeki dan limpahan kebaikan, buku ini sangat baik untuk dijadikan rujukan dan saya mengucapkan tahniah dan Syabas kepada penulis dan sesiapa yang menjayakan penerbitan buku ini. Semoga banyak lagi buku ringkas seperti ini dapat diterbitkan untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam ibadah seharian.”
   
Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin (UMA)

Pendakwah Bebas
Penyampai segmen Pesona D’Zahra di radio IKIM.fm
Mempunyai 272,000+ Followers di Facebook



BESTNYA DOA

Bestnya Doa! 


"Ketika kali pertama membaca buku ini, saya teruja dan tak sabar mahu menghadiahkannya untuk anak bongsu saya Aliyah Hakimah yang berusia 10 tahun. Kenapa? Aliyah suka melukis dan subjek komik mudah menarik perhatiannya.


Buku ini memiliki 3 daya tarik utama yang sesuai untuk pendidikan awal anak-anak kita:


1. Grafik dan lukisan yang mampu “menjolok perhatian” kanak-kanak.

2. Mengumpulkan doa yang berasal daripada guru terbaik manusia, Rasulullah SAW.

3. Mengumpulkan doa yang sahih daripada Hadith.


Duhai ibu bapa! Ayuh miliki buku ini dan panjangkan kebaikannya kepada semua saudara handai dan rakan taulan. Biar anak-anak kita membesar dalam naungan wahyu yang dipancarkan Rasulullah SAW tercinta."


- Ustaz Abdullah Bukhari -

==========================================